Wednesday, August 19, 2009

STATUS AKREDITASI PROGRAM-PROGRAM DI UniMAP

Assalamualaikum Semua,

Saya letakkan sedikit info mengenai STATUS AKREDITASI untuk bacaan semua pelajar dan alumni UniMAP. Info diperolehi daripada Dekan Pengurusan Akademik. Selamat Membaca

A) PENILAIAN AKREDITASI OLEH EAC PADA TAHUN 2006 @ UniMAP

Program yang dah diakreditasi dan diiktiraf oleh BEM ialah:-

a) Ijazah Sarjana Muda (Kepujian)(Kej Mikroelektronik)

b) Ijazah Sarjana Muda (Kepujian)(Kej Komputer)

STATUS: Pengiktirafan utk kohort graduan 2006-2010. Secara langsung mewakili kohort kemasukan 2002/03, 2003/04, 2004/05, 2005/06, 2006/07.

B) PENILAIAN AKREDITASI OLEH EAC PADA TAHUN 2007 @ UniMAP 8 program kej UniMAP telah melalui proses akreditasi iaitu:-

a) Ijazah Sarjana Muda (Kepujian)(Kej Bahan)

b) Ijazah Sarjana Muda (Kepujian)(Kej Metalurgi)

c) Ijazah Sarjana Muda (Kepujian)(Kej Pembuatan)

d) Ijazah Sarjana Muda (Kepujian)(Kej Mekatronik)

e) Ijazah Sarjana Muda (Kepujian)(Kej Elektronik)

f) Ijazah Sarjana Muda (Kepujian)(Kej Perhubungan)

g) Ijazah Sarjana Muda (Kepujian)(Kej Sistem-E)

h) Ijazah Sarjana Muda (Kepujian)(Kej Elektronik Industri)

Update: Akreditasi pertama bersama EAC & WA dilaksanakan pada 18-19 Julai 2007. Status: Pengiktirafan utk kelapan-lapan program ditangguh (differed) oleh pihak EAC & BEM.

Action by UniMAP: Request for appeal dan BEM meluluskan appeal process to be conducted @ UniMAP (23 mesyuarat telah diadakan dengan pihak berkepentingan iaitu EAC, MQA, JPA, BEM, KPT dan Menteri Pengajian Tinggi).

Action by BEM: Penilaian semula oleh BEM Special Committee dilaksanakan pada 06-07 April 2009. BEM Feedback: melalui "exit meeting" yg diadakan pada 07 April 2009, BEM Special Committee telah menolak keputusan yang dibuat oleh EAC dan mengiktiraf kelapan-lapan program kej. UniMAP sebagai program kejuruteraan yang telah memenuhi semua keperluan yg terkandung dlm Manual EAC 2007.

STATUS TERKINI: - Cuma menunggu pengesahan sahaja dari BEM Appeal Board berhubung dengan keputusan pengiktirafan ini.

C) PENILAIAN AKREDITASI OLEH JPA PADA TAHUN 2008 @ UniMAP 6 program kej UniMAP telah melalui proses akreditasi iaitu:-

a) Diploma Kej (Kej Metalurgi)

b) Diploma Kej (Kej Pembuatan)

c) Diploma Kej (Kej Mekatronik)

d) Diploma Kej (Kej Mikroelektronik)

e) Diploma Kej (Kej Komputer)

e) Diploma Kej (Kej Elektrik)

Update: Penilaian akreditasi dilaksanakan pada hujung Ogos 2008 dan pada 25/06/09, dlm mesyuarat JKKPT ke-82 yang dipengerusikan oleh Presiden BEM (Dato' Sri Ir. Dr Judin) telah mengiktiraf (seumur-hidup) keenam-enam program Diploma Kej. UniMAP.

STATUS TERKINI: - Cuma menunggu pengesahan sahaja dari YB Menteri Pengajian Tinggi yg akan mempengerusikan Mesy JKTTP pada 21/08/09 nanti.

D) PENILAIAN AKREDITASI OLEH EAC PADA TAHUN 2009 @ UniMAP 2 program kej UniMAP telah melalui proses akreditasi iaitu:-

a) Ijazah Sarjana Muda (Kepujian)(Kej Mekanikal)

b) Ijazah Sarjana Muda (Kepujian)(Kej Rekabentuk Produk)

STATUS TERKINI: Penilaian akreditasi telah dilaksanakan oleh EAC @ UniMAP utk kedua-dua program ini pada 27-28 April 2009 yg lalu. Berdasarkan laporan penilaian yg kurang tepat oleh panel EAC (khusus utk program Kej. Mekanikal), maka pada 21/07/09, pihak UniMAP telah bermesyuarat bersama pihak EAD (Eng Accreditation Dept) @ Kelana Jaya dan hasilnya lawatan penilaian semula oleh EAC telah dilaksanakan @ UniMAP pada 19-20 Ogos (on-going & wish us all the best!).

E) PENILAIAN AKREDITASI OLEH EAC PADA TAHUN 2010 @ UniMAP (next year) 3 program kej UniMAP akan melalui proses akreditasi iaitu:-

a) Ijazah Sarjana Muda (Kepujian)(Kej Alam Sekitar)

b) Ijazah Sarjana Muda (Kepujian)(Kej Bioproses)

c) Ijazah Sarjana Muda (Kepujian)(Kej Elektronik Bioperubatan)

STATUS TERKINI: SAR (Self-Assessment Report) dlm proses semakan & pengemaskinian. Dokumen ini akan dihantar ke pihak EAD sekitar November/Disember 2009 utk penilaian EAC dilaksanakan pada April 2010.

F) PENILAIAN AKREDITASI OLEH EAC PADA TAHUN 2011 @ UniMAP 3 program kej UniMAP akan melalui proses akreditasi iaitu:-

a) Ijazah Sarjana Muda (Kepujian)(Kej Polimer)

b) Ijazah Sarjana Muda (Kepujian)(Kej Mikroelektronik) - next cycle!

c) Ijazah Sarjana Muda (Kepujian)(Kej Komputer) - next cycle!

Sekian, untuk makluman & tindakan. Terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

“Dinamisme Baru, Wajah Baru”

brgds,

Ir. Assoc. Prof. Mohabattul Zaman Bukhari

Dean of Academic Management & UniMAP's EAC & OBE Chairman,

Office of The Deputy Vice Chancellor (Academic & International),

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Tel (KWSP): 604-9798026 Tel (Jejawi): 604-9798404

Fax (KWSP): 604-9798689/604-9798099

12 comments:

  1. harap2 selepas ni,semua Alumni paham apa yang sedang berlaku skrg..well,i think this is the good information!thanx en mus!

    ReplyDelete
  2. so,..the confirmation of Ijazah rekabentuk produk akan diberitahu bila?...kami sudah final year,...and we really need that confirmation.

    ReplyDelete
  3. Hello, Salam Sejahtera.

    Saya graduan 2008, Kej. Sistem Elektrik. Ingin tahu bagaimana status pengiktirafan terkini oleh BEM. Pendaftaran untuk menjadi ahli jurutera graduan BEM masih tidak dapat kerana masalah ijazah masih belum diiktiraf. Hopefully dalam tahun ini kerana kami perlu berdaftar dengan BEM dan IEM.

    ReplyDelete
  4. bagaimana status pengiktirafan terkini oleh BEM??? senyap jer pihak pengurusan... hope dapat selesaikan dgn segera.. kami dah nak grad.. hmmmm

    ReplyDelete
  5. I think we should be honest to students and tell them that the EAC has formally rejected UniMAP's application for accreditation. What then after that?

    ReplyDelete
  6. Salam,

    mengenai pengiktirafan kursus di UniMAP sy sebagai pelajar Unimap amat bedukacita dengan berita yg telah tersebar. Sy tau ramai akan mengatakan bhw rmi graduan uni ini telah mendapt pekrjaan, tetapi setahu sy mereka hny diterima kerja di sykt swasta/industri bukannye di sektor kerajaan.utk pengethuan En.Mus sy mmg hny bcdg utk memohon pekrjaan di sektor kerajaan berbanding sektor swasta.oleh itu, jika tiada pengiktirafan utk kursus2 ini bgaimn sy mahu memohon pekrjaan kelak.

    ReplyDelete
  7. mana tuan tanah ni???? apa komen ttg pengiktirafan terbaru? jgn dok asyik bodeeeekk vc jerrr!!

    ReplyDelete
  8. cian kat tuan tanah... niat nak bantu, tapi kena kondem bodek vc pulak. Nak buat macamana dah mentaliti macam tu tuan tanah ye....

    ReplyDelete
  9. Bile la nk accredited ni...gua naek letih nk menunggu...

    p/s xdpt..ckp je xdpt..xpyh pusing sana sini...

    ReplyDelete
  10. salam..
    apa update pasal akredasi ni???
    senyap je..
    lama sangat dani..

    ReplyDelete
  11. ijazah rekabentuk produk betulke tidak diiktiraf, pihak univ perlu ambil langkah segera bagi memastikan nasib graduan terbela jangan jadi atas angin saja tanpa tujuan.

    ReplyDelete
  12. x kokok mane dh ni....senyap tupah dh...

    ReplyDelete